Sebelum memilih sebarang model, anda wajar mengetahui jenis-jenis kamera yang berada dipasaran. Berikut ada ringkasan jenis-jenis kamera tersebut.
KAMERA KOMPAK
- kamera kompak kecil, mudah dibawa kemana-mana dan ringan. Ianya mudah digunakan dan berfungsi secara automatik. Harga kompak adalah dari serendah RM400 hingga ke RM1500. Lebih mahal sesuatu model, ianya lebih ringan, batterinya tahan lebih lama dan me gapixel yang lebih tinggi.
- Kebanyakan kompak menawarkan 3x zoom lens. Ada yang sehingga 5x. Semakin tinggi nilai ini, semakin jauh capaian zoom kamera anda.
- Hampir semua kompak kini menawarkan rakaman video.
- Kompak menawarkan banyak preset rakaman seperti landscape dan macro untuk memudahkan anda merakam subjek yang anda inginkan.
KAMERA SUPERZOOM
- Kamera superzoom menawarkan zoom yang lebih jauh, biasanya dari 7x hingga 18x.
- Walaupun superzoom boleh merakam subjek yang berada jauh dari kamera, mungkin gambar yang terhasil akan kabur akibat gegaran pada kamera pada zoom yang maksimum, terutamanya dalam cahaya rendah.
- Walaupun penstabilan imej (IS – imej stabilization, VR-vibration reduction) boleh mengurangkan gegaran, penggunaan tripod adalah satu-satunya cara untuk mendapatkan foto yang jelas dan tajam (sharp).
- superzoom mempunyai kawalan yang lebih canggih dari kompak, kadangkala menawarkan kawalan white balance dsb.
KAMERA DIGITAL SLR
- DSLR memang besar dan berat dari kamera biasa, tetapi DSLR adalah alatan yang terbaik untuk merakam foto. Sunset, bunga api, air terjun yang indah dan nyaman boleh dirakam dengan mudah menggunakan DSLR.
- Kelebihan DSLR ialah lensa tukarpakai. Selalunya, lensa yang disertakan sekali bersama DSLR anda (kit lens), memang mencukupi dan mempunyai kualiti yang baik, tetapi terhad dari segi capaian zoom dan juga bukaan aperture.
- Lensa yang mempunyai aperture yang besar memudahkan untuk merakam foto dalam suasana yang suram.
- Lensa telefoto memudahkan untuk merakam subjek yang berada jauh dari kamera.
- DSLR adalah tools yang sentiasa mampu dipertingkatkan. Anda boleh menambah flash, remote control, memasang thether, wireless remote capture dan sebagainya.
- Bateri lithium yang biasa disertakan pada DSLR mampu merakam ribuan foto sebelum habis, dan anda boleh recharge beratus kali. Anda juga boleh menambah batteri pack untuk 2 kali ganda kuasa.
- DSLR juga mempunyai julat dinamik yang lebih besar, maknanya dalam situasi terang benderang, kawasan shadow masih boleh kelihatan sekiranya anda benar-benar faham tekniknya.
- Sekiranya kualiti adalah keperluan anda, maka DSLR adalah satu option untuk anda.
- Harga DSLR adalah dari RM2000 sehingga puluhan ribu ringgit.