Apa Maksud P,S,A,M, Auto Pada Kamera.
Ok, saya pasti anda amat biasa dengan logo P,S,A,M dan Auto pada kamera kita seperti pada gambar di atas. Kepada yang sudah biasa menggunakannya, pasti tahu kelebihan setiap satu setting itu.
Kepada kawan-kawan yang baru, mungkin tidak berapa tahu apa fungsinya setiap setting itu. Yang logo bukit, bunga, orang berlari tak perlulah saya kongsikan, terlalu mudah.
Mari saya kongsikan apa ‘bendanya’ semua tu (P,S,A,M).
P = Program, jika kita pilih P pada setting kamera, maknanya aperture dan shutter speed akan diberikan secara auto oleh kamera. ISO dan lainnya kita boleh kawal dan tetapkan ikut kemahuan kita.
S = Shutter Priority, jika kita pilih S, kita yang tentukan sendiri shutter speed yang kita mahukan dan kamera akan tolong pilihkan aperture yang sesuai secara auto. Setting ini sesuai digunakan untuk memberhentikan subjek yang bergerak pantas seperti kereta yang sedang bergerak. Nak dapatkan ‘motion blur pun boleh pilih S ni menggunakan slow shutter.
A = Aperture Priority, setting ini kita boleh pilih jika kita mahu mendapatkan kesan yang kita mahukan seperti latar belakang yang kabur,blur/bokeh. Kamera pula akan memberikan shutter speed yang sesuai berdasarkan aperture yang kita telah pilih tadi.
M = Manual, jika kita pilih M, kitalah raja!…Sebabnya kita yang menentukan shutter speed, aperture, ISO dan macam-macam lagi. Apa yang kita mahu, kita yang tentukan. Kamera hanya menunggu kita menekan shutter button saja
AUTO (hijau), ini pula amat sesuai jika kita baru mengenali kamera. Pilih saja AUTO. Kamera akan berikan segala bacaan secara auto. Kita tak perlu risau gambar tetap akan jadi!
Diharap rakan-rakan yaang baru, mudah memahami penerangan ini.
Ada kamera yang amat baik jika kita pilih auto, teknologi sudah semakin maju. Tetapi kita harus ingat, kita yang mengawal kreativiti, bukannya kamera.
Ok…GO!!!
0 comments:
Post a Comment