Sign up for PayPal and start accepting credit card payments instantly.

Wednesday, September 12, 2012

Menggunakan Manual Mode di Kamera DSLR anda

Manual mode adalah mode yang paling versatile antara semua mode pada DSLR anda. Bagaimanapun menggunakan mode ini mungkin agak sukar sedikit berbanding mode automatik yang lain.

Ini adalah tips yang saya boleh kongsikan apabila kita menggunakan manual mode

1. Pilih dahulu nilai ISO berdasarkan cahaya persekitaran yang akan dirakam. Gunakan nilai ISO kecil seperti ISO100 bila cahaya terang seperti waktu tengahhari. Dan ISO tinggi seperti ISO1600 bila agak gelap.

2. Pilih jenis komposisi gambar yang anda mahu. Maksudnya, pilih samada gambar anda perlukan depth of field yang tertentu, ataupun perlukan kreativiti dalam pergerakan.

3. Sekiranya anda perlukan depth of field tertentu, setkan APERTURE dahulu. Guna Aperture kecil seperti f/16 bila merakam landscape atau architecture. Atau gunakan aperture besar seperti f4 atau f5.6 untuk merakam portrait.
Gambar landscape selalu memerlukan dof yang luas. Pilih aperture f/16 untuk gambar seperti ini.

4. Frame subjek anda. Dengan mata melihat viewfinder, pusingkan SHUTTER SPEED sehingga meter dedahan anda berada ditengah tengah. Jangan ubah nilai APERTURE kerana, ia akan mengubah depth of field yang telah anda pilih.

5. Sekiranya anda mahu merakam gambar dengan mementingkan pergerakan seperti contoh ini, anda boleh menetapkan nilai shutter speed dahulu.
Gambar seperti ini selalu memerlukan shutter speed perlahan untuk beri kesan pergerakan pada air. Gunakan shutter serendah 1 saat.
6. Selepas itu, frame gambar anda, lihat viewfinder, dan pusingkan aperture sehingga meter dedahan ditengah tengah.
7. Dan satu lagi proses terakhir, selepas merakam, lihat hasil dan ubahlah nilai shutter atau aperture bergantung kepada kecerahan yang diperlukan.



2 comments:

Unknown said...

fizan... jom masuk pertandingan fotografi...

fizan said...

jom mok

Post a Comment

Blogroll

Program Printing

 
Design by Wordpress Theme | Bloggerized by Free Blogger Templates | JCPenney Coupons