Sign up for PayPal and start accepting credit card payments instantly.

Saturday, September 29, 2012

Keperluan Sekarang!!!!

 

Kecederaan Boleh Berlaku dan Penyakit Boleh Menyerang Tanpa Sebarang Amaran.
"Adakah Anda dan Keluarga Di Lindungi Insurans? "
Tahukah Anda Rawatan yang Tepat dan Cepat Merupakan Antara Cara Yang Terbaik Untuk Memastikan Kecederaan atau Penyakit Yang Dialami Tidak Memudaratkan.
Dengan Kos Perubatan Moden Yang Semakin Meningkat, Mendapatkan Rawatan Yang Boleh Menyelamatkan Nyawa Tidak Harus Bergantung Kepada Simpanan atau Wang Tunai Anda Semata-mata.
Pastikan Kos Rawatan dan Perubatan Anda Tidak Menjadi Masalah Ketika Anda Memerlukannya Dengan Insurans Perubatan dan Kesihatan atau Takaful Perubatan dan Kesihatan.


RE: ADAKAH ANDA DILINDUNGI??
Ramai yang mempunyai perlindungan insurans atau takaful untuk kereta atau rumah mereka. Lazimnya, kereta dan rumah diinsuranskan kerana pemilik tidak mahu sebarang perkara yang tidak diingini berlaku ke atas harta benda ini. Tetapi Mengapa Masih Ramai Yang Tidak Melindungi Diri dan Keluarga Seperti Melindungi Harta Benda Mereka?
Kita sering beranggapan sesuatu perkara yang buruk tidak akan menimpa kita. Hakikatnya, kehidupan bukanlah sesuatu yang boleh diramal. Insurans dan Takaful Mungkin Tidak Dapat Menjamin Masa Depan Yang Cerah Untuk Anda, Tetapi Sekurang-kurangnya Perlindungan dan Bantuan Yang Diperlukan Anda dan Keluarga Dijamin Ketika Anda Memerlukannya.
Apakah polisi yang anda miliki? Sudahkah anda membeli polisi insurans untuk diri anda? Adakah majikan anda menyediakan insurans hayat dan perubatan untuk anda? Bagaimana dengan keluarga anda? Isteri atau suami anda? Anak-anak anda? Adakah mereka dilindungi?
Jika anda menjawab tidak, inilah masanya untuk anda merancang langkah seterusnya dengan teliti. Nilai sejauh mana anda dilindungi sekarang dan apa yang anda perlu lindungi.
BOLEHKAH KELUARGA ANDA MENERUSKAN KEHIDUPAN TANPA ANDA??
Kehidupan kita di dunia adalah singkat. Mungkin anda telah memastikan keluarga anda terpelihara jika anda pergi dahulu, tapi adakah ia mencukupi? Insurans Hayat dan Pelan Takaful Keluarga Dapat Menjamin Daripada Segi Kewangan dan Boleh Memberi Mereka Perlindungan Kewangan Tambahan Untuk Meneruskan Kehidupan Setelah Anda Tiada. Dan dengan polisi seperti insurans berkaitan pelaburan dan pelan pendidikan anak, keluarga anda pasti akan mendapat perlindungan menyeluruh.
TANYA DIRI ANDA SEKARANG!
Apa akan berlaku sekiranya Perkara-Perkara Berikut Terjadi Pada Diri Anda, HARI INI...

+ Kemalangan
+ Disahkan Menghidap Penyakit Kritikal
+ Meninggal Dunia
+ Lumpuh Atau Hilang Upaya Kekal

Bagaimana anda dan keluarga menghadapi situasi ini? Apa Yang Akan Berlaku Terhadap Isteri, Anak-anak dan Ibu Bapa Anda? Sudahkah Anda Membuat Persediaan Yang Secukupnya? Jika Belum, Biar Kami Yang Menguruskannnya Untuk Anda.
"Jangan Biarkan Diri dan Keluarga Anda Menderita Kerana Sikap TIDAK PEDULI Anda "

Dengan Hanya Dari RM3.33 SEHARI, Anda Sudah Mampu Memiliki Pelan Insurans dan Kad Perubatan Prudential.

MENGAPA ANDA PERLU MEMILIKI KAD INSURANS DAN KAD PERUBATAN PRUDENTIAL
+ Pelan Komprehensif 3 Dalam 1 ( Perlindungan, Simpanan dan Pelaburan).
+ Diluluskan oleh Bank Negara Malaysia dan diawasi oleh Panel Syariah.
+ Kemudahan Pengeluaran Caruman.
+ Manfaat Perkongsian Keuntungan Mudharabah (70:30).
+ Perlindungan dan Caruman Tetap Sehingga Umur 80 Tahun.
+ Dana Dilaburkan di Kaunter Yang Diluluskan Syariah.
KAD PERUBATAN PRUDENTIAL
+ Perlindungan Sehingga Umur 70 Tahun.
+ Had Seumur Hidup Yang Tinggi (RM150,000 hingga RM450,000)
+ Kebebasan Memilih Hospital dan Doktor.
+ Lebih 50 Hospital Panel di Seluruh Malaysia.
+ Perlindungan 24 jam di Seluruh Dunia.
+ Jaminan Pembaharuan Setiap Tahun.
+ Bil Perubatan Akan Dibayar Terus Kepada Hospital oleh Pihak Prudential.
PELAN INSURANS DAN KAD PERUBATAN PRUDENTIAL - MANFAAT UTAMA
+ Kad Perubatan Takaful MediAssist - RM150,000
+ Manfaat Kematian - RM100,000
+ Manfaat Hilang Upaya Kekal - RM100,000
+ Manfaat Penyakit Kritikal - RM50,000
+ Pampasan Kemalangan - RM50,000
+ Elaun Tunai Hospital - RM150/hari
+ Elaun Tunai Pembedahan - RM2,500
+ Elaun Tunai ICU - RM250/hari
+ Manfaat Pendapatan Tahunan - RM5,000/tahun
+ Dana Pendidikan Anak - RM35,000 (Apabila mencapai usia 25 tahun)
+ Simpanan / Pelaburan - RM50,000 (Anggaran jumlah simpanan selama 30 tahun)
+ Pengecualian Sumbangan - Bayaran Caruman Dikecualikan Jika Pencarum Menghidap Sakit Kritikal, Meninggal Dunia atau Hilang Upaya Kekal.

36 PENYAKIT KRONIK DAN KRITIKAL
1. Serangan Penyakit Jantung
2. Penyakit Arteri Koronari Yang memerlukan Pembedahan
3. Strok
4. Kanser
5. Kegagalan Ginjal (Buah Pinggang)
6. Penyakit Kelumpuhan /Paraplegia
7. Pemindahan Organ Utama
8. Sklerosis Pelbagai / Berbilang
9. Hepatitis Virus Fulminan
10. Hypertensi Arteri Pulmonari Utama
11. Koma
12. Buta
13. Penggantian Injap Jantung
14. Pembedahan Aorta
15. Penyakit Alzheimer
16. Hilang Pendengaran / Pekak
17. Hilang Percakapan
18. Kebakaran Parah
19. Penyakit Membawa Maut
20. AIDS Disebabkan Pemindahan Darah
21. Penyakit Motor Neuron
22. Penyakit Parkinson
23. Penyakit Hati Kronik
24. Penyakit Paru-paru Kronik
25. Anaemia Aplastik
26. Distrofi Otot
27. Poliomielitis
28. Meningitis Bakteria
29. Tumor Otak Benigna
30. Eusefalitis
31. AIDS Termanifestasi Sepenuhnya (Full Blown AIDS)
32. Lain-lain Penyakit Koronari Arteri Yang Serius
33. Pembedahan Otak
34. Sindrom ‘APPALIC’
35. Kecederaan Kepala Utama
36. Kehilangan Anggota Badan 

Sudahkah anda bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan yang akan berlaku?
Sudahkah anda menyediakan tabungan untuk masa depan pendidikan anak-anak anda?
Jika belum, Bertindaklah Sekarang. Jangan Berlengah Lagi. " Sesal Dahulu Pendapatan, Sesal Kemudian Tiada Gunanya "

KAMI DI PRUDENTIAL SENTIASA BERSEDIA UNTUK MEMBANTU ANDA MENGHARUNGI HARI-HARI YANG SUKAR.

 

Wednesday, September 12, 2012

Menggunakan Manual Mode di Kamera DSLR anda

Manual mode adalah mode yang paling versatile antara semua mode pada DSLR anda. Bagaimanapun menggunakan mode ini mungkin agak sukar sedikit berbanding mode automatik yang lain.

Ini adalah tips yang saya boleh kongsikan apabila kita menggunakan manual mode

1. Pilih dahulu nilai ISO berdasarkan cahaya persekitaran yang akan dirakam. Gunakan nilai ISO kecil seperti ISO100 bila cahaya terang seperti waktu tengahhari. Dan ISO tinggi seperti ISO1600 bila agak gelap.

2. Pilih jenis komposisi gambar yang anda mahu. Maksudnya, pilih samada gambar anda perlukan depth of field yang tertentu, ataupun perlukan kreativiti dalam pergerakan.

3. Sekiranya anda perlukan depth of field tertentu, setkan APERTURE dahulu. Guna Aperture kecil seperti f/16 bila merakam landscape atau architecture. Atau gunakan aperture besar seperti f4 atau f5.6 untuk merakam portrait.
Gambar landscape selalu memerlukan dof yang luas. Pilih aperture f/16 untuk gambar seperti ini.

4. Frame subjek anda. Dengan mata melihat viewfinder, pusingkan SHUTTER SPEED sehingga meter dedahan anda berada ditengah tengah. Jangan ubah nilai APERTURE kerana, ia akan mengubah depth of field yang telah anda pilih.

5. Sekiranya anda mahu merakam gambar dengan mementingkan pergerakan seperti contoh ini, anda boleh menetapkan nilai shutter speed dahulu.
Gambar seperti ini selalu memerlukan shutter speed perlahan untuk beri kesan pergerakan pada air. Gunakan shutter serendah 1 saat.
6. Selepas itu, frame gambar anda, lihat viewfinder, dan pusingkan aperture sehingga meter dedahan ditengah tengah.
7. Dan satu lagi proses terakhir, selepas merakam, lihat hasil dan ubahlah nilai shutter atau aperture bergantung kepada kecerahan yang diperlukan.



Memilih Lensa yang sesuai utk kamera anda




“Apakah lensa yang terbaik patut saya beli?” – Ini adalah salah satu soalan yang paling banyak saya terima. Susah sebenarnya untuk menjawab soalan ini dengan tepat. Lensa yang terbaik untuk anda bergantung kepada bajet dan keperluan fotografi anda. Terdapat berpuluh jenis lensa di pasaran bagi setiap jenama. Setiap satunya mempunyai fungsi yang tersendiri.



Untuk mengetahui apakah lensa yang patut anda beli, pertama sekali anda perlu tahu, subjek apakah yang paling banyak anda rakam. Adakah anda banyak merakam foto pemandangan atau potret atau aksi sukan dan sebagainya.



Berikut ini saya senaraikan beberapa jenis lensa (mengikut focal length berdasarkan crop factor 1.5X) berdasarkan kesesuaian merakam subjek tertentu.



Lensa sekitar 12mm–18mm sesuai untuk merakam gambar landscape atau architechture

Lensa sekitar 50mm–80mm sesuai untuk merakam gambar potret

Lensa macro sekitar 60mm-105mm sesuai untuk merakam gambar bunga atau serangga dari jarak dekat

Lensa sekitar 200–400mm sesuai untuk merakam foto sukan atau hidupan liar.

Selain dari itu, anda perlu tetapkan berapakah bajet anda untuk membeli lensa yang anda perlukan. Jika ditanya apakah lensa apakah yang terbaik untuk dibeli, jawapan mudahnya tentulah lensa yang paling mahal adalah lensa yang paling berkualiti bagi setiap kategori lensa tertentu. Biasanya, lensa yang mahal adalah lensa yang berkebolehan memberikan bukaan aperture maksima yang besar seperti f/2.8. Lensa yang berkualiti juga biasanya ada kelebihan istimewa lain seperti VR atau IS bagi mengurangkan risiko gegaran pada foto. Jika anda tidak mampu atau rasakan kelebihan yang ditawarkan tidak begitu bermanfaat untuk anda, anda boleh beli lensa tanpa ciri-ciri ini dengan harga yang jauh lebih murah.



Sekiranya anda seorang beginners yang suka merakam subjek biasa yang ada di sekeliling anda, penggunaan kit lens sudah memadai. Anda tidak perlu terburu-buru untuk membeli lensa tambahan. Berikan sedikit masa untuk anda lihat kecenderungan anda di dalam fotografi. Selepas beberapa bulan dan setelah mengenal pasti bidang pengkhususan anda di dalam fotografi, barulah anda perlu beli lensa tambahan.



Ada orang yang lebih cenderung merakam foto potret, ada yang cenderung merakam foto pemandangan dan ada yang cenderung merakam foto objek mikro sahaja. Setelah mengenal pasti kecenderungan anda, sesuailah jika anda beli lensa berkualti (mahal) yang khusus untuk melakukan kerja mengikut kecenderungan anda. Dengan ini, pelaburan anda akan mendatangkan hasil yang berbaloi kerana lensa yang dibeli digunakan sepenuhnya dan mampu membawa anda lebih jauh dalam penghasilan karya yang berkualiti.



Seseorang yang kerap merakam objek mikro misalnya perlu membeli lensa macro berkualiti tinggi yang berharga sekitar RM3,000. Manakala seseorang yang lebih minat merakam foto hidupan liar perlu membeli lensa bersesuaian yang berkualiti seperti lensa 300mm f/2.8 yang berharga sekitar RM18,000 jika dia mampu dan sanggup berbelanja.



Nasihat saya, sebelum membeli sebarang jenis lensa tambahan, buatlah pertimbangan yang wajar tanpa terpengaruh dengan kawan-kawan. Adalah tidak wajar dari segi kewangan untuk membeli lensa baru sekadar untuk menunjuk-nunjuk, sekadar untuk mengikut perkembangan teknologi atau sekadar ingin kelihatan setaraf dengan rakan-rakan lain. Sebelum membeli sesuatu lensa tambahan, pastikan gambar yang bagaimanakah yang ingin anda dapatkan dan pastikan samada lensa yang bakal anda beli itu betul-betul boleh memberikan apa yang anda harapkan. Pastikan juga anda akan menggunakan lensa yang dibeli itu ke tahap maksima. Anda tidak perlu beli lensa yang berkualiti tinggi jika anda jarang-jarang menggunakan lensa tersebut. Untuk lensa yang jarang digunakan, anda boleh beli lensa yang lebih murah, lensa terpakai atau pinjam sahaja dari rakan-rakan.



Oleh Hasnuddin Abu Samah

Blogroll

Program Printing

 
Design by Wordpress Theme | Bloggerized by Free Blogger Templates | JCPenney Coupons